Rabu, 12 Maret 2014

Jenis jenis Kurma Di Dunia

Menjalani  bulan puasa rasanya tidak lengkap tanpa adanya kurma. Bahkan nabi Muhamad SAW mensunahkan berbuka dengan kurma. Namun kebanyakan orang-orang memilih kurma dengan bentuk dan rasa yang berbeda. Untuk lebih jelasnya mari kita lihat jenis macam kurma yang perlu kita ketahui dibawah ini:
 
Kurma Ajwa
Kurma ini hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan ini merupakan kurma favorit Nabi
Muhammad SAW, warna hitam, tekstur lembut, Kurma ini tidak terlalu manis namun rasanya hampir mirip dengan kismis.


Kurma Sekki 
Ada dua warna, atas kekuning-kuningan sedang bawah kecoklatan, bagian yang
kuning kalau dimakan lebih keras,  namun untuk yang berwarna kecoklatan biasanya rasanya empuk. Kurma ini memiliki tingkat kemanisan yang sedang.


Kurma Barhi 
Kurma yang satu ini memiliki warna cokelat cerah., rasanya juga mirip dengan caramel. Kurma ini juga sering sekali ada pada hari-hari selain bulan ramadhan.


Kurma Kholas 
Warna cokelat terang keemasan mirip kurma barhi, hanya saja ada citarasa
coffee caramel, tekstur dagingnya lebih empuk rasanya juga tidak terlalu manis.


Kurma Khidri 
Warna maron gelap lebih kering, kenyal, tidak terlalu manis paling banyak
diproduksi, biasa digunakan bahan dasar olahan kurma, mulai dari kurma
isi almond, orange, hingga campuran cokelat.


Kurma Mactoumi 

Warna sedikit hitam kemerahan , permukaan agak keriput, kenyal, rasa manis.



Kurma Sokari 
Tekstur kenyal lembut tapi ada juga jenis yang keras, paling disukai di Arab Saudi, sedikit kering dan manis.


Kurma Silaj 
Warna cokelat kemerahan bentuk lonjong, tekstur lembut rasa manis sedang.


Kurma Majol 
Warna cokelat sangat manis lembut dan kenyal, tekstur kurma ini juga berwarna cokelat yang mengkilap.


Kurma Monief 

Kurma monief ini berwarna cokelat terang, ukurannya tidak begitu besar,rasanya  manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.
 
 
sumber
Read More..

Selasa, 11 Maret 2014

Kanak Kanak Mati Terjun Dari Tingkat 30…Sebab Takut Denda Cikgu!


Menurut rakaman CCTV, seorang kanak-kanak di Chengdu, China bernama Junjun pulang ke pangsapuri rumahnya seperti biasa pada petang, 30 Oktober lalu. Dia dilihat berjalan perlahan-lahan menuju elevator dengan menundukkan kepala dan memakai beg sandang belakang.

Bagaimanapun kanak-kanak itu tidak menekan butang lima di mana rumahnya berada sebaliknya menunggu hingga tingkat 30 sebelum keluar.

20 minit kemudian, penghuni pangsapuri tersebut mendengar bunyi dentuman kuat seperti kemalangan kereta.

Ia adalah Junjun, yang terjun dari tingkat 30 lalu mati serta merta.

Di lantai tingkat di mana Junjun nekad mengakhiri riwayatnya, terkapar beg sandang belakang yang dibawa kanak-kanak itu ke sekolah setiap hari.

Sebuah buku teks bagaimanapun kelihatan terbuka di sisi beg tersebut dengan tertulis nota untuk cikgunya.
Rupa-rupanya, sebuah hukuman biasa yang diberikan seorang guru di sekolah benar-benar mempengaruhi emosi Junjun hingga dia tergamak mengambil jalan sesingkat itu.

Menurut gurunya ketika sesi persekolahan hari tersebut, Junjun dan lebih sepuluh murid lain telah membuat bising ketika satu pertandingan membaca diadakan.

Sebagai hukuman, murid-murid itu dberikan dua denda untuk dipilih iaitu berdiri selama sejam atau menulis sebanyak 1,000 patah perkataan yang mengutuk diri sendiri.

Junjun memilih hukuman kedua namun menangis sebelum pulang dan bertanya bagaimana jika dia tidak mampu menyiapkannya.

Siapa sangka, persoalan itu terlalu membebani fikirannya hingga dia menulis di nota akhir sebelum terjun, “Cikgu, saya tak dapat buat.” – REM RAMZI

Sumber: China Smack
Read More..

Senin, 10 Maret 2014

7 Anjing Pemecah Rekor

Anjing adalah sahabat manusia yang paling pengertian dan cepat dilatih. Itulah sebabnya Anjing sangat difavoritkan untuk dipelihara. Dari berbagai pelatihan yang dilakukan manusia terhadap anjing peliharaannya, beberapa mencatatkan rekor dunia. Contohnya 7 anjing di bawah ini.


1. Terbanyak Memecahkan Balon

Memecahkan 100 balon dalam waktu 44,49 detik diperoleh Anastasia. Seekor anjing Jack Russell terrier, dia tinggal di Los Angeles bersama pemilik dan pelatihnya, Doree Sitterly.
 
 
2. Pengendara Skateboard Tercepat
Tillman, seekor anjing bulldog, melintasi tempat parkir sepanjang 100 meter dengan hanya 19,68 detik di tahun 2009 X Games di Los Angeles, membuatnya meraih gelar juara dunia.

 
3. Anjing Tertinggi
Giant George, seekor anjing jenis Great Dane dengan tinggi 43 inci (109,22 cm) dari Tucson, Ariz, memegang 2 gelar dunia: anjing tertinggi dan anjing tertinggi yang pernah ada. Anjing besar yang jinak ini telah mengumpulkan banyak fansnya karena pemiliknya, David Nasser, selalu menginformasikan kegiatan anjing itu melalui websitenya dan YouTube.

 
4. Anjing Terbanyak Melompati Tali
Tiga belas anjing Uchida Geinousha, dari Jepang, memegang rekor dunia untuk anjing terbanyak melompati tali.

 
5. Bola Tenis Terbanyak di Mulut
Augie seekor anjing golden retriever umur 8 tahun, memperoleh gelar juara dunia untuk bola tenis terbanyak (lima) di mulut untuk waktu bersamaan.
 
6. Menyeimbangkan Segelas Air
Sweet Pea, seekor anjing border collie Australia, memperoleh gelar juara dunia: langkah terbanyak turun tangga oleh anjing menatap ke depan sambil menyeimbangkan segelas 5 ons air (10 langkah) dan berjalan 100 meter tercepat oleh seekor anjing dengan menyeimbangkan sebuah kaleng di atas kepalanya (2 menit 55 detik).
 
 
7. Anjing Tertua 
Bluey, seekor anjing cattle, memegang gelar juara dunia untuk anjing tertua dengan umur 29 tahun dan 5 bulan. Les Hall dari Victoria, Australia, memperoleh Bluey di tahun 1910, dan anjing itu menjaga ternak selama 20 tahun sebelum akhirnya meninggal pada 14 November 1939.


sumber
Read More..

Minggu, 09 Maret 2014

Budak Maut Rumah Dirempuh


Budak Maut Rumah Dirempuh
TUMPAT : Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.
Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap.
Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut.
Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.
Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah. – Kosmo
Read More..

Sabtu, 08 Maret 2014

DHPP Bukan Islam mula fahami hudud

sinarharian 1 November 2012
Hu Pang Chow
Hu Pang Chow
SHAH ALAM – Pendedahan kewujudan hukum hudud bukan lagi satu kejutan kepada masyarakat bukan Islam dan mereka sudah mula memperlihatkan penerimaan dan “sudah memahami”, kata Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
Sehubungan itu, Pengerusinya, Hu Pang Chow,mendakwa perkembangan ini telah menjadi kebimbangan buat MCA dan menyebabkan Presidenya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang hudud.

“Sebaliknya, tohmahan MCA semakin hari semakin melampau disebabkan tertekan kerana masyarakat bukan Islam sudah membuka mata dan sudah tidak jahil tentang hudud,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.
Awal minggu ini, Abdul Hadi turut berkata, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Ujar Pang Chow, DAP sewajarnya tidak diberi tekanan untuk memahami sepenuhnya mengenai agama Islam kerana ahli-ahli DAP majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam dan masih ‘baru’ bergabung dengan Pas.

“Kita tidak boleh menyamakan ahli-ahli DAP dan ahli-ahli Pas yang sudah mengetahui mengenai semua aspek mengenai Hudud.
“Sebenarnya, DAP lebih faham tentang Islam berbanding MCA kerana walaupun parti itu sudah lama bersamaUmno sejak lebihlima dekad, mereka tegar menghina agama Islam.
“DAP tidak pernah menghina agama lain, cuma dahulu, mereka tidak bersetuju dengan hudud sahaja. Sekarang itu bukan isu lagi,” jelasnya lagi.

Namun jelas beliau, melalui Perhubungan rapat antara kedua-dua parti ini dilihat mampu menghapuskan jurang ketidakfahaman DAP tentang agama Islam.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan bahawa Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika Pas terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Pang Chow mengakui memang ada berlaku tentangan kerana ia merupakan perkara baru buat masyarakat bukan Islam, tetapi senario sudah berubah.
“Isu itu sedah berlalu setahun lalu, dan orang bukan Islam sudah tidak takut kepada Hudud kerana sudah memahami mengenai hukum itu hingga menyebabkan MCA bimbang.
“Sebenarnya perjuang Pas sesuai untuk semua kaum dan perubahan ketara masyarakat bukan Islam dapat di berlaku di negeri Kelantan,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai siapa yang banyak memberikan penjelasan mengenai Hudud kepada ahli-ahli DHPP, Pang Chow berkata, pihak berterima kasih kerana semua pihak tidak kira peringkat jawatan dalam Pas sentiasa proaktif dalam memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahlinya, Pang Chow berkata, sokongan semakin meningkat dari masa ke semasa.

Katanya, jika di pantai barat Semenanjung Malaysia, sokongan bukan hanya tertakluk kepada orang Cina dan India sahaja, malahan turut mendapat sokongan dikalangan orang Asli dan orang Siam, manakala di Timur Malaysia, sokongan turut diperolehi daripada orang Iban, Bidayuh dan sebagainya.
Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada September tahun lalu.

Ia berkembang sehingga Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Pas dan DAP terus bertembung ekoran pendirian keras masing-masing berhubung isu pelaksanaan undang-undang hudud.

Berikutan pertembungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi kata dua keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

Bahaya lelaki boroi

Salam semua,





CARA mudah untuk menyelesaikan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk ialah dengan mengambil pil biru Viagra. Namun, penggunaan ubat-ubatan hanyalah penyelesaian jangka pendek dan memerlukan pengawasan doktor.
Bagi mereka yang mengalami masalah mati pucuk, kini ada alternatif yang lebih murah dan tidak perlu menelan ubat. Penyelesaian itu ialah dengan menurunkan berat badan dan membuang lemak di bahagian perut. Untuk mendapatkannya, lakukan senaman secara teratur serta jalani gaya hidup sihat.

Seperti yang diungkapkan dalam kajian terbaru yang dimuatkan dalam Journal of Sexual Medicine, usaha untuk menurunkan di antara lima hingga 10 peratus berat badan dalam tempoh dua bulan mampu meningkatkan fungsi ereksi dan mengembalikan keinginan seksual lelaki obes yang menghidap diabetes.
Kajian yang dilakukan di Australia itu memang berskala kecil kerana sekadar melibatkan 31 orang sukarelawan. Namun, kesimpulannya menjadi penting apatah lagi kajian sebelum ini menunjukkan obesiti dan mati pucuk saling berkait.
Berat badan berlebihan terutamanya pembentukan lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.
Meskipun tinjauan kajian tentang pelangsingan tubuh dan mati pucuk terus berkembang, fakta menunjukkan bahawa lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai diet yang sihat secara relatif memiliki aktiviti seks yang berkualiti.
Pakar-pakar perubatan juga berharap fakta bahawa dengan menurunkan berat badan dapat memperbaiki kehidupan seks akan membuka mata kaum Adam yang berperut buncit supaya lebih sedar tentang ancaman bahaya penyakit lain seperti jantung, diabetes dan strok.
"Anda bercakap tentang pencegahan yang diinginkan. Ketika saya menyentuh isu tentang memulihkan kesihatan zakar, perkara ini akan menarik perhatian mereka," kata Kevin Billups, profesor urologi dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

Kardiovaskular
Billups menambah, ketika beliau melayan pesakit, perkara pertama yang beliau lakukan adalah meminta pesakit itu berdiri dan melihat keadaan perutnya.
"Jika anda tidak dapat melihat zakar anda, itu tandanya anda ada masalah," ujar Billups.
Perut buncit, kata Billups, memberi kesan buruk pada kehidupan seksual seseorang dengan mempengaruhi kesihatan pembuluh darah mereka.
Ereksi terjadi semasa saluran darah menuju zakar membesar dan menyebabkan organ itu terisi penuh dengan darah. Proses ini bermula ketika lapisan dalam saluran darah melepaskan nitrat oksida, iaitu sejenis molekul yang memberi signal pada otot-otot di sekitarnya supaya rileks. Viagra dan ubat-ubatan sejenis dengannya bekerja dengan meningkatkan jumlah nitrat oksida dalam endotelium.
Apabila endotelium tidak dapat berfungsi secara maksimum, zakar tidak mendapat limpahan darah yang mencukupi untuk mencetuskan atau mempertahankan ereksi.
"Ereksi pada dasarnya adalah satu fenomena kardiovaskular. Jika aliran darah tidak meningkat disebabkan saluran darah tidak membesar secara normal, akan ada penurunan dalam fungsi ereksi," kata Profesor Robert A. Kloner, pakar jantung dari Universiti Southern California, AS.
Jantung yang tidak sihat juga menyebabkan mati pucuk dengan cara yang lain. Tabiat gemar mengumpul lemak dan malas bersenam yang membuatkan tubuh semakin gemuk turut menyumbang pada penyempitan serta pengerasan arteri oleh kolesterol.
Aterosklerosis, yang dikenal pasti sebagai faktor pencetus serangan jantung, juga mudah terjadi pada saluran darah kecil yang mengarah ke zakar. Bahkan kata Kloner, aterosklerosis pada awalnya menyerang saluran-saluran kecil dan ini menjelaskan mengapa mati pucuk dapat dijadikan petanda awal penyakit jantung.
Masalah saluran darah bertanggungjawab pada sebahagian besar kes mati pucuk yang dialami lelaki obes berusia 40 tahun ke atas. Tetapi penyebab umum lain adalah rendahnya kadar testosteron, yang juga berkait dengan obesiti. Kadar hormon seks lelaki yang tinggi sangat penting untuk mempertahankan ghairah seks dan mengalami ereksi.
"Dan disebabkan lelaki semakin gemuk, fenomena mati pucuk kian meningkat," kata Ronald Tamler, pengarah program kesihatan lelaki di Pusat Perubatan Mount Sinai di New York.
Kepada mereka yang berperut buncit, Billups kerap mengingatkan agar mereka berwaspada dengan penurunan kadar testosteron. Lemak di perut nampaknya memiliki kesan lebih besar terhadap hormon berbanding lemak di bahagian lain tubuh. - Agensi

Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Selangor Bubar DUN 22 April – Menteri Besar

Selangor Bubar DUN 22 April - Menteri Besar


PETALING JAYA –  Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor.
“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak,” kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Selasa.
Turut hadir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan PAS dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan pusat.
Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan, berkata pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa.
“Sekarang kita bincang dahulu,” katanya. BERNAMA
Read More..