Jumat, 28 Februari 2014

Shabery Cheek Akan Jumpa PAC Jelas Isu Bayaran Artis K pop Esok


KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi menteri yang pertama memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diadakan esok.

Ahmad Shabery berkata kehadiran beliau adalah bagi memberikan penjelasan mengenai isu bayaran untuk persembahan artis K.Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2012.

Beliau ketika itu ialah Menteri Belia dan Sukan.

“Saya sendiri telah menawarkan diri kepada PAC untuk hadir memberikan penjelasan.

“Saya telahpun bersedia untuk menjelaskan kepada mereka isu-isu yang dibangkitkan berkaitan isu K-POP dalam Laporan Ketua Audit Negara itu,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Bernama difahamkan Ahmad Shabery ialah menteri pertama yang menawarkan diri untuk memberikan penjelasan kepada PAC.

PAC yang bersidang esok akan memanggil Kementerian Belia dan Sukan bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Jawatankuasa itu akan mula bersidang pada 10.30 pagi.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. – BERNAMA
Read More..

Kamis, 27 Februari 2014

Tips Membeli Flash Drive


USB flash drive sudah bukan barang baru lagi. Dari waktu ke waktu, sudah semakin banyak bermunculan bermacam-macam USB flash drive. Para pengguna USB flash drive dihadapkan dengan pilihan yang beragam mulai dari kapasitas, bentuk, harga dan kemampuan yang bervariasi.
Tak bisa dipungkiri, dengan pilihan yang semakin banyak ini para pengguna USB flash drive pun menjadi kebingungan untuk menjatuhkan pilihan yang tepat. Berikut adalah 5 hal yang perlu dipertimbangkan, ketika sedang memilih USB flash drive.


1. Casing

Casing menjadi salah satu elemen yang harus diperhatikan dalam memilih USB flash drive. Bukan hanya warna dan bentuk yang menarik, tetapi Anda harus memperhatikan kekuatan casing. Casing USB flash drive yang bagus adalah casing yang akan kuat melekat melindungi bagian dalam USB flash drive. Casing USB flash drive harus benar-benar kuat terutama karena dalam penggunaannya USB flash drive akan berulangkali harus ditancapkan dan dicabut.
Selain kekuatan casing, ukuran casing juga harus diperhatikan. Jangan sampai ukuran casing yang terlampau besar jadi menghalangi port USB yang bersebelahan sehingga tidak bisa digunakan. USB flash drive yang ramping lebih mudah dibawa dan mudah pula ditancapkan pada port USB yang berdampingan.
Masih berkaitan dengan casing, bagian penting pada casing yang perlu Anda perhatikan adalah penutup USB flash drive. Sebaiknya pilihlah tutup yang menyambung pada badan USB flash drive. Sebab bagian tutup mudah longgar karena sering dibuka dan ditutup sehingga sering terjadi, tutup USB flash drive akan hilang karena sudah lama dipakai. Bila tutup hilang, maka USB flash drive rentan mengalami kerusakan karena benda-benda asing yang masuk ke mulut USB flash drive.


2. Kapasitas Penyimpanan

Kini kapasitas USB flash drive semakin beragam tersedia di pasaran. Kapasitas yang terlampau kecil semakin sulit ditemukan, sedangkan kapasitas yang semakin besar terus bermunculan. Selain itu harga USB flash drive pun semakin terjangkau. Nah, kapasitas USB flask drive yang mesti Anda pilih bergantung pada tujuan penggunaannya dan juga kemampuan daya beli Anda.
Sebagai gambaran, untuk keperluan transfer dokumen dibutuhkan kapasitas 1-2 GB, untuk keperluan transfer foto dan musik diperlukan kapasitas 2-6 GB, untuk transfer file film dibutuhkan 4-12 GB, lalu untuk menjalankan program-program portable diperlukan kapasitas 1-2 GB, untuk menjaga keamanan USB flash drive Anda diperlukan ruang sebesar 1-2 GB. Dan bila Anda ingin membuat virtual memory di USB flash drive dibutuhkan kapasitas 1-4 GB.


3. Kecepatan Transfer Data

Kecepatan transfer data adalah kecepatan yang dimiliki USB flash drive untuk membaca data di dalam USB flash drive dan menyimpan data ke dalam USB flash drive. Kecepatan membaca data biasanya lebih tinggi daripada kecepatan menyimpan.
Kecepatan membaca tertinggi pada USB flash drive mencapai 34 Mbyte/s (272 Mbit/s), sedangkan untuk kecepatan penyimpanan maksimal mencapai 28 Mbyte/s (224 Mbit/s). Sementara itu kecepatan transfer data dari USB 2.0 berkisar antara 14 Mb/s hingga 24 Mb/s. Tetapi kecepatan tersebut nantinya akan menurun jika menggunakan kabel USB atau USB hub.


4. Fitur Keamanan

Pada umumnya USB flash drive memiliki fitur menyimpan dan menampilkan data saja. Untuk USB flash drive yang memiliki fitur dasar seperti ini, para penggunanya harus melakukan modifikasi dengan menambahkan beberapa software agar USB flash drive memiliki fitur tambahan. Misalnya saja penambahan software keamanan untuk menambahkan fitur pengaman data pada USB flash drive.
Nah, bila Anda tidak ingin repot soal keamanan data di dalam USB flash drive, Anda bisa memilih USB flash drive yang sudah dilengkapi dengan fitur keamanan. Saat ini telah tersedia USB flash drive dengan sistem fingerprint yang mampu memberikan keamanan tingkat tinggi terhadap data yang tersimpan.
Untuk mengakses data di dalam USB flash drive dengan sistem fingerprint ini diperlukan sidik jari. Sensor yang unik membuat hanya satu orang saja yang dapat mengakses sistem keamanan ini.


5. USB Flash Drive untuk Traveller

Bagi Anda yang memiliki keharusan untuk melakukan traveling dengan membawa data penting dan menghadapi banyak resiko dalam perjalanan, maka sebaiknya pilihlah USB flash drive yang secara khusus dirancang untuk keadaan seperti ini.
USB flash drive ini memiliki desain yang kuat dan kokoh. Desain ini dibuat untuk menghadapi kondisi ekstrim seperti temperatur panas yang tinggi, gesekan yang berlebihan atau tingkat kelembaban yang tinggi. Tipe ini dibuat dengan casing dari karet atau metal serta memiliki ketahanan terhadap air.

Sumber
Read More..

Rabu, 26 Februari 2014

Ku Li Masih Berteka teki Jawatan Ditandingi


KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus berteka-teki mengenai jawatan yang akan ditandinginya pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Bagaimanapun, veteran Umno berusia 76 tahun itu berkata, beliau berminat untuk bertanding pada pemilihan itu nanti.

“Hasrat (bertanding) itu ada, tapi untuk bertanding jawatan apa, saya belum tahu. Sehingga sekarang belum ada apa-apa keputusan dibuat, tunggulah sehingga hari penamaan calon nanti.

“Macam saya kata di Gua Musang minggu lepas, apabila ditanya pemberita, saya kata tunggu hari pendaftaranlah, kalau ada… ada, kalau tiada, tiadalah.”

“Saya tidak tahu pasal tarikh perdaftaran orang yang nak menawar diri untuk jawatan parti sudah diubah, jadi akhir sekali saya dibisik mengatakan tarikh baru adalah 21 September.

Mungkin saya tidak ada dalam negeri (ketika tarikh itu),”katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.  Jelasnya, pertimbangan untuk bertanding mana-mana jawatan tinggi perlu dilihat sama ada beliau layak, dikehendaki (diperlukan) dan mampu memikul tanggungjawab (jika dicalon dan menang) dan pertimbangan itu terletak di  tangan anggota Umno sendiri.

Kepada cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan Ku Li berkata, mengikut Perlembagaan, setiap ahli kalau layak, boleh menawar diri untuk bertanding mana-mana jawatan.

“Semua orang boleh bagi cadangan. Katakan semua jawatan dalam Majlis Tertinggi tidak dipertandingkan, bagus juga, itu mengamankan keadaan.

“Pandangan saya terbuka dan saya patuh pada Perlembagaan. Saya percaya beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) mesti yakin. Lagipun beliau telah lama menjadi Presiden,” katanya.

Ditanya sama ada parti perlu lebih ramai generasi muda berbanding veteran, Ku Li menjelaskan, parti bukan hanya untuk golongan itu sahaja tetapi juga untuk semua jenis ahli.

Menurutnya apa yang penting, parti itu perlu kuat dan efektif dengan gabungan muda, senior dan veteran terus dikekalkan untuk kesinambungan parti yang lebih cemerlang.

Ku Li menarik perhatian, mana-mana anggota parti yang berhasrat untuk bertanding jawatan tertinggi termasuk Majlis Tertinggi perlu menjuaraipertandingan dan berpengalaman di peringkat cawangan dan bahagian dahulu.

“Jadi ada juga syarat-syarat yang menghalang penyertaan tenaga baharu, tenaga muda, yang patut diguna oleh parti, mengikut pandangan saya.- BERNAMA
Read More..

Selasa, 25 Februari 2014

JoHaRa Mohon Maaf Isu ‘Cap Ayam’


Penyampai Radio ERA FM bagi segmen, JoHaRa Pagi Era, Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray memohon maaf secara rasmi atas komen ‘cap ayam’ yang dilontarkan oleh mereka kepada Juara Liga Premier Malaysia, pasukan bolasepak Sarawak minggu lalu.

Dalam permohonan maaf mereka, Johan, Hanif dan Ray memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada penyokong pasukan bolasepak Sarawak kerana menyinggung perasaan mereka.

“Kami di JoHaRa Pagi Era memohon maaf atas keterlanjuran atas kata kata kami. Kami tiada niat untuk menyinggung penyokong Sarawak FA dam kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita,” kata JoHara ketika bersiaran pada jam 8.30 pagi tadi.

Malah, dalam Twitter ERAVAGANZA, juga telah dilampirkan juga aplikasi ‘Soundcloud’ permohonan maaf dari dari Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray.

Kenyataan kontroversi itu dikeluarkan setelah Sarawak tewas 1-2 kepada Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia minggu lalu.

Penyampai berkenaan didakwa telah mengeluarkan komen bahawa pasukan Sarawak yang menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Malah mereka juga menyifatkan Sarawak adalh pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya mampu bermain di peringkat Liga Perdana.

Sumber: ASTRO AWANI
Read More..

Senin, 24 Februari 2014

Belaian Pulau ‘Port’ Rahsia Memuaskan Nafsu


Belaian Pulau, Port Rahsia Memuaskan Nafsu
Belaian Pulau, ‘Port’ Rahsia Memuaskan Nafsu - Jaraknya tidak sampai 500 meter dari balai Islam dan balai polis, namun sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi ‘port’ rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama ‘adik’ daripada pelbagai negara.
Golongan itu biasanya memberikan pelbagai alasan kepada keluarga, terutama isteri, seperti kononnya untuk memancing ke pulau berkenaan bagi mengaburi aktiviti gelap mereka.
Difahamkan, rumah pelacuran itu mengenakan caj antara RM100 hingga RM180 bergantung kepada rupa paras dan fizikal gadis berkenaan.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bukan saja membabitkan eksekutif muda, malah warga emas dan pesara yang masih tidak insaf serta gemar mencari keseronokan dunia dengan dibelai gadis muda, terutama dari Thailand, China dan Indonesia.
Selain itu, ada lelaki membawa kekasih gelap ke pulau berkenaan untuk memadu kasih kerana percaya lokasi itu selamat berikutan didiami sebahagian besar penduduk bukan Islam.
Bagi lelaki gatal yang mahukan khidmat urut batin atau lebih dikenali sebagai ‘ping-pong’, tiga pusat urut dikesan kira-kira dua kilometer dari pusat pelacuran yang beroperasi di kawasan rumah kedai.
Sebagai pelengkap pakej pulau maksiat, sekurang-kurangnya dua pusat perjudiannya menggunakan mesin slot, manakala kedai menjual nombor ekor haram serta judi mahjong yang dimain secara terbuka turut beroperasi di situ.
Perkembangan itu tidak menggembirakan penduduk tempatan, khususnya yang beragama Islam, kerana ia menjejaskan nama baik dan kredibiliti pulau itu di kalangan pelancong dalam dan luar negeri.
Belaian Pulau, Port Rahsia Memuaskan Nafsu
Abdul Hisham Hamzah, 55, berkata, walaupun penduduk bukan beragama Islam tidak ambil kisah perkembangan itu, namun bagi individu sepertinya, situasi itu sesuatu yang kurang enak kerana ia menjejaskan imej masyarakat Melayu di mata penduduk tempatan.
“Sebagai seorang Muslim, saya terpanggil untuk bersuara tetapi tiada kuasa untuk mencegah sekalipun melihat pasangan Melayu berkelakuan mencurigakan dan bermalam di sini,” katanya kepada Metro Ahad.
Abdul Hisham orang pertama memperdengarkan azan dari Balai Islam Pulau Ketam yang diasaskannya pada 1990, namun selepas 2007 tiada lagi suara azan berkumandang hingga kini, malah aktiviti agama juga kian terhad.
Menurutnya, pulau berkenaan bakal muncul sebagai pulau pelancongan dan jika kegiatan maksiat tidak dikawal, ia pasti sukar dibanteras selepas pulau itu dibangunkan sepenuhnya.
“Memang penguatkuasaan sukar dilakukan di sini tetapi jika aktiviti agama rancak dijalankan, saya yakin pelancong yang datang ke sini pasti segan-silu untuk melakukan maksiat kerana mereka pasti berfikir dua kali untuk berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad sekitar pulau berkenaan mendapati pusat pelacuran itu beroperasi di tingkat bawah bangunan rumah kedai tiga tingkat.
Pelanggan didapati masuk menerusi pintu depan premis itu yang ditutup separuh bagi mengaburi pihak berkuasa, terutama polis dan imigresen, sebelum memadu kasih kira-kira sejam.
Tinjauan turut mendapati sekurang-kurangnya tiga pusat urut menggunakan pekerja dari China dan Thailand, namun pekerja yang menawarkan perkhidmatan mengurut pada harga antara RM40 hingga RM50 itu tidak menawarkan perkhidmatan seks kecuali khidmat ‘ping-pong’ atau urut batin.
Bagaimanapun, jika ada individu berminat, mereka boleh menawarkan khidmat itu dengan bayaran antara RM100 hingga RM150, asalkan tembelang mereka tidak pecah kerana kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan yang kehadiran mereka ke rumah urut mudah dikesan isteri masing-masing.
Seorang tukang urut hanya mahu dikenali sebagai Non, 28, berkata dia bekerja di pusat urut berkenaan hanya untuk menyara diri dan dua anaknya di Thailand dan tidak berhasrat melakukan maksiat atau mengganggu rumah tangga orang lain.
“Kebanyakan pelanggan adalah penduduk tempatan dan pulau ini kecil saja. Jika kami melakukan sesuatu pasti padah menimpa, maklumlah anak dan isteri mereka boleh mencari kami bila-bila masa,” katanya.
Ditanya sama ada beliau menawarkan perkhidmatan seks, Non berkata, ada kalanya dia dan rakan lain hanya menyediakan perkhidmatan ‘ping-pong’ untuk memuaskan nafsu lelaki kerana tidak mahu menghampakan mereka, manakala jika pengunjung luar ia bergantung pada tawaran.
“Kami hanya mencari makan mengikut cara kami dan tauke hanya ambil RM10 bagi setiap pelanggan yang menggunakan khidmat tukang urut di sini, malah penginapan juga disediakan,” katanya.
Non berkata, kebanyakan tukang urut di situ tidak suka suasana kerja di tanah besar kerana sering dipaksa dan dipermainkan sindiket, selain mengelak dicekup pihak berkuasa yang kerap melakukan operasi penguatkuasaan. – paapaada.blogspot
Read More..

Minggu, 23 Februari 2014

Seorang Lelaki Bertemu Kembali dengan Keretanya Setelah 2 Tahun Lupa Dimana Dia Parking

17 Okt 2012


Oala Magz - Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parkir.

Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Desember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan tinjauan keesokan harinya, pemilik kenderaan tersebut buat laporan polis  keretanya hilang di Munich.

Pihak berwajib menemukannya bulan lalu setelah polis lalu lintas melihat stiker inspeksi kereta itu sudah habis masa berlakunya. Sang polis  menemukankereta  itu 4 km dari titik dimana lelaki  berumur 33 tahun pemilik kereta mengira memarkirkannya.

"Anehnya letaknya jauh sekali, meskipun sang pemilik yakin dimana dia meninggalkannya," ujar juru cakap polis  Alexander Lorenz.

Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal   seperti mesin bor dan obeng elektrik.

sumber
Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

10 Kota Hilang yang Paling Terkenal di Dunia

Sebuah kota akan menjadi kota hilang saat ditinggalkan oleh penduduknya dan dibiarkan begitu saja, sehingga meninggalkan banyak peradaban yang kemudian hilang begitu saja. Hal ini bisa terjadi karena perang, bencana alam, dan masih banyak lagi sebab-sebab lain. Namun seiring dengan perkembangan zaman, legenda kota hilang itu mulai muncul kembali ke permukaan. Banyak para ahli yang kemudian menemukan reruntuhan-reruntuhan bekas kota. sehingga kemudian mula banyak muncul legenda kota yang hilang.

Terlepas dari mitos kenyataan, disini saya akan memamparkan 10 Kota Hilang yang Paling Terkenal di Dunia, memang sih di dunia ini sebenarnya ada banyak kota hilang, tapi menurut saya 10 daftar kota hilang yang saya paparkan ini adalah yang paling terkenal dan banyak menyedot perhatian publik.

Berikut adalah daftar 10 Kota Hilang yang Paling Terkenal di Dunia :


10. Atlantis
Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang tangguh, Atlantis dikatakan telah menaklukkan sebagian besar wilayah Eropa sebelum tenggelam ke laut. Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut penelitian Ilmiah, kota ini mungkin tenggelam karena gejala geologis.
10 kota hilang paling terkenal - ATLANTIS

9. The City of Caesars
Juga dikenal sebagai Kota Berkelana dan Kota Patagonia, The City of Caesars adalah kota mitos yang diyakini terletak di ujung selatan Amerika Selatan. Kota ini belum pernah ditemukan, dan pada saat ini dianggap legenda.
10 kota hilang paling terkenal - The CIty Of Caesar

8. Troy
Troy adalah kota legendaris yang terletak di Turki modern. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Dan kemudian Ditemukan banyak reruntuhan reruntuhan bangunan yang dianggap sebagai arsitektur modern di jamanya.
10 kota hilang paling terkenal - Troy

7. The Lost city of Z
The lost city of Z adalah peradaban hilang yang terletak jauh di pedalaman hutan Brazil (hutan Amazon). Kota hilang ini dikatakan sebagai peradaban maju dengan jaringan canggih dari jembatan, jalan, dan kuil-kuil. Hal ini dibuktikan dengan ditemukan banyak peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan amazon.
10 kota hilang paling terkenal - The Lost City of Z

6. Petra
Petra dianggap sebagai kota paling indah dari semua kota pada daftar ini, Petra terletak di Jordon. Ciri yang paling menonjol adalah arsitektur indah batu, yang diukir dari batuan pegunungan di sekitarnya yang mulai dieksplorasi sejak abad 18, hingga kini, keindahan arsitektur bangunan batu petra masih tetap bisa kalian nikmati jika kalian berlibur ke Jordania.
10 kota hilang paling terkenal - Petra

5. El Dorado
Inilah kota hilang yang paling dicari, karena kota ini dikenal sebagai kota emas. Diperkirakan banyak sekali emas yang ada di kota ini. El Dorado adalah sebuah kerajaan mistis konon ditemukan di hutan Amerika Selatan. Kota ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan dengan kekayaan emas yang tak terhingga.
10 kota hilang paling terkenal - El DOrado

4. Memphis
Didirikan pada tahun 3100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno, dan menjadi pusat administrasi peradaban yang selama ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan oleh penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria. Di bekas wilayah kota ini, banyak ditemukan reruntuhan bangunan-bangunan mesir kuno.
10 kota hilang paling terkenal - Memphis

3. Angkor
Daerah Angkor di Kamboja dan sekitarnya dikenal sebagai salah satu pusat industri di asia bahkan dunia, dan salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.
10 kota hilang paling terkenal - Angkor

2. Pompeii
Kota Romawi Pompeii hancur dalam AD 79 setelah Gunung Vesuvius meletus di dekatnya dan mengubur seluruh komunitas di bawah 60 kaki abu dan batu. Kota ini diperkirakan memiliki sekitar 20.000 penduduk pada saat itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat liburan utama untuk kelas atas masyarakat Roma.
10 kota hilang paling terkenal - Pompeii

1. Machu Pichu
Kota ini terletak di dekat Lembah Urubamba di Peru, kota ini pernah ditemukan dan dijarah oleh conquistador, Machu pichu menyimpan banyak peninggalan reruntuhan kuno yang sering disebut sebagai kuil machu pichu. Arsitektur bangunan yang sangat indah pada kuil machu pichu membuktikan betapa tingginya peradaban machu pichu saat masa jayanya.
 
 
 
sumber
Read More..

Jumat, 21 Februari 2014

5 Kota Paling Hijau Di Dunia

5 Kota Paling Hijau Di Dunia - Di dunia ini terdapat kota yang di desain menggunakan konsep go green. Hal tersebut di maksudkan untuk membuat suasana kota lebih nyaman dan juga segar serta yang paling penting adalah mengurangi polusi. Konsep kota seperti itu sangatlah penting dan banyak negara telah merencanakan pembangunan menggunakan konsep go green tersebut(tidak tahu kalo Indonesia). Terdapat 5 Kota Paling Hijau Di Dunia, mari kita lihat 5 Kota Paling Hijau Di Dunia :


1. Vancouver, Canada
Photobucket
Daerah yang baru saja di percaya untuk menyelenggarakan olimpiade musim dingin pertama di muka bumi yang mengusung tema sustainable ini, memanfaatkan sampah elektronik sebagai medali, membangun stadion yang sangat “green”. namun ini bukan cuma sebuah usaha karena adanya olimpiade musim dingin. Vancouver telah berbenah sejak dulu. 90% kebutuhan listrik kota ini dipasok dari hydroelectric. Angin, matahari, gelombang dan tidal energy telah digunakan secara luas untuk menjaga kelestarian lingkungan di kota ini.

Walikota Vancouver, Gregor Robertson mengatakan di situs resmi kota Vancouver bahwa ”Vancouver akan menjadi kota paling hijau di dunia pada tahun 2020?. Untuk itu warga Vancouver yang sering disebut dengan Vancouverites ingin tinggal di sebuah kota yang hidup, terjangkau dan berkelanjutan. Kami menghargai keindahan yang luar biasa lingkungan alam kita, merayakan keragaman, dan bekerja untuk membangun masa depan yang cerdas dan hijau. Konvergensi teknologi dan isu-isu lingkungan telah mengubah ekonomi dunia. Vancouver adalah pemimpin menarik dan pemikir yang ingin berinvestasi dan bekerja di sebuah kota yang menawarkan sebuah kota hijau yang menjanjikan masa depan, sebuah kota yang menghargai warisan alam dan menawarkan keterlibatan semua pihak.


2. Malmo, Swedia
Photobucket
Ini adalah salah satu kota internasional yang difokuskan pada ruang hijau. Terkenal dengan taman mereka, tetapi juga pada pengembangan perkotaan yang berkelanjutan. Ini adalah salah satu kota terbesar di Swedia dan benar-benar kota yang indah. Mereka telah mengubah lingkungan mereka menjadi daerah yang ramah lingkungan.

Di kota ini anda akan menemukan banyak orang bersepeda dikarenakan di kota ini banyak dibangun jalan khusus untuk mereka yang bersepeda. Kota ini sangat menghargai langit hijau mereka dan tidak ingin langit hijau mereka menjadi berpolusi. Hari ini sekitar 20% dari populasi Malmo berasal dari berbagai negara, membuatnya menjadi kota yang paling kosmopolitan di Swedia. Hal ini telah berkontribusi terhadap kehidupan budaya yang kaya dan kesempatan menikmati banyak makanan enak dan eksotis. Hari ini kota industri tua telah diganti dengan luas wilayah pinggiran kota kelas menengah modern, perumahan dan lingkungan pemukiman yang ramah lingkungan.


3. Curitiba, Brazil
Photobucket
Curitiba adalah sebuah kota di selatan Brasil dan ibukota negara bagian Paraná (estado) sejak 1854. Kota ini didirikan pada 1654 sebagai sebuah kamp pertambangan emas. Populasi: 1,8 juta (2007).

Dari awal abad ke-19, kota itu telah menerima banyak imigran dari Jerman, Italia, dan Polandia, dan imigrasi terus berlangsung selama abad ke-20 dengan kedatangan bangsa Siria dan Jepang, serta masuknya secara besar-besaran migran dari daerah pedesaan. Kota ini memiliki banyak sekali ruang hijau seperti taman dan kebun botani yang sangat indah seperti Bosque Alemão, Bosque de Portugal, Bosque Italiano, dan lain-lainnya. Kota ini difokuskan untuk menjadi kota paling hijau dan para penduduk disarankan untuk meninggalkan mobil mereka di rumah.

4. Portland Oregon, USA
Photobucket
Markas dari team NBA Portland Blazzers ini memang sedang giat-giatnya berbenah menyambut dunia baru yang penuh dengan warna hijau dan juga sehat untuk ditinggali.

Meskipun banyak kota di AS sekarang lebih senang menggunakan jalur cepat, ini adalah kota pertama yang fokus pada alternatif transit dengan cahaya-rel dan jaringan jalur sepeda yang luas untuk mendorong orang meninggalkan mobil mereka di rumah. Juga merupakan salah satu kota pertama yang berjanji untuk mengurangi emisi dan memulai transisi bangunan untuk menggunakan bahan-bahan yang bisa didaur ulang.


5. Reykjavik, Islandia
Photobucket
Islandia, sebuah negara yang sudah sangat dekat dengan kutub utara ini, telah menggunakan pola hijau untuk kotanya, dimana pasokan listrik 100% di pasok dari hydroelctricity dan panas bumi, sistem trasportasi juga sudah sangat hijau dengan menggunakan bus hydrogen

Sebuah kota paling hijau di eropa dan dunia, serta kota dengan langit paling bersih dan biru di dunia. Kota ini hanya menerima 4 jam panas pada musim dingin dan malam yang sangat bersinar pada musim dingin, ini dikarenakan letak geografisnya sudah sangat dekat dengan kutub utara. Seiring dengan pertambahan jumlah industri dan juga konsep hijaunya yang mendunia, kota ini telah digunakan banyak environmentalist untuk berkunjung atau orang-orang untuk sekedar berlibur menghirup udara segar.
Read More..

Kamis, 20 Februari 2014

Awal Tumbuh Uban Menandakan Kesehatan Yang Baik Bagi Pria

Kedengarannya paradoks, tapi uban dini pada pria, ternyata  jauh dari tanda-tanda penuaan dini, dan indeks kesehatan yang baik bagi pria.

Para ilmuwan percaya bahwa penampilan rambut pria mulai beruban menunjukkan kesehatan yang baik dan umur panjang. Hasil penelitian menampilkan hubungan antara warna rambut dan kondisi umum tubuh. Kesimpulan ini diprediksi, karena semua organ dan sistem tubuh manusia bekerja sebagai keseluruhan sistem, yang terhubung satu sama lain.

Ilmuan juga menemukan penggunaan cat rambut mempercepat tingkat kerusakan sel rambut. Ilmuan pun mengimbau untuk menghindari penggunaan cat rambut. Sebab tumbuh uban menandakan kesehatan baik.

Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Jet Tempur F 16 Amerika Jatuh Dekat Pangkalan Udara di Arizona

 
 Lokasi jatuhnya jet F-16 (nbcnews.com)
Arizona - Sebuah jet tempur F-16 milik Amerika Syarikat jatuh dan terbakar   dekat pengkalan udara di Arizona, AS. Mujur, kedua pilot yang ada dalam jet tersebut bertinjauan menyelamatkan diri.

"Terjadi insiden di pangkalan udara dan penyiasatan sedang dilakukan," jelas juru cakap pangkalan Angkatan Udara, Luke Air Force Base, Rutsy Mitchell seperti dilansir NBC News, Khamis (27/6/2013).

Penyebab insiden yang terjadi pada Rabu (26/6) malam waktu setempat ini belum diketahui pasti. Otoriti setempat masih melakukan penyelidikan lebih lanjut.

Namun, sejumlah saksi   mengaku mendengar suara injin jet tempur ini seperti meraung-raung dan terdengar letusan kecil sebelum jet jatuh ke tanah. Sebuah video dari helikopter miliki televisyen setempat menunjukkan adanya asap hitam yang membumbung ke angkasa dari bangkai jet tempur ini.

Secara terpisah, juru cakap dinas pemadam kebakaran Glendale, Arizona, Gilbert Mancilla berkata, pilot jet tempur tersebut ditemukan selamat di sebuah lapangan dekat lokasi kejadian. Menurut Mancilla, kedua pilot tersebut hanya mengalami luka ringan.

Luke Air Force Base yang berlokasi sekitar 24 km dari kota Phoenix ini merupakan pusat pelatihan jet tempur F-16 terbesar di dunia. Terdapat sekitar 170 jet tempur di pangkalan udara tersebut.

Jet tempur F-16 sendiri merupakan pesawat berinjin tunggal yang dikeluarkan oleh Lockheed Martin. Jet tempur ini merupakan yang tertua yang dimiliki Angkatan Udara AS.

(nvc/ita)  detikNews
Read More..

Selasa, 18 Februari 2014

Pemuda MIC mengulas tentang video Che Pah Listen To Me


  • Bernama
  • Malaysiakini Jan 16 2013
Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan berkata adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara.
    
Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.
    
Beliau menegaskan sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.
    
"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarkan mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
    
Mugilan mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.
    
"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa
mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.
    
"Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya.
    
Tinjauan ke atas Facebook menunjukkan forum, bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik berlangsung pada 8 Dis dan video mengenai sesi soal jawab itu hanya dimuatnaik dalam YouTube, Rabu lepas.
    
Pagi ini, lebih daripada 170,000 pendapat mengenai video itu telah menarik sejumlah besar "dislikes".
    
Satu laman diwujudkan dalam Facebook - Kami mahu Sharifah Zohra Jabeen memohon maaf secara terbuka kepada Cik Bavani, dengan 26,814 likes pada laman itu.
    
- Bernama
Read More..

Senin, 17 Februari 2014

Perkasa Serah Memorandum Kepada PAS

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)


KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu menyerahkan satu memorandum kepada  PAS Terengganu hari ini.
Ketua Wira Perkasa Terengganu, Ahmad Suhaimi Rafii berkata, memorandum itu mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.
“Kami meminta Presiden PAS memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini,” katanya di sini hari ini.
Ahmad Suhaimi berkata, Abdul Hadi turut digesa memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas perkara yang terjadi akibat amanat tersebut.
Memorandum itu berjaya diserahkan kepada Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah kira-kira pukul 11 pagi ini di Pejabat PAS Terengganu
Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

Farid Kamil Sedia Berbaik Dengan Ibu Mertua

Farid Kamil

Kemelut antara pelakon dan pengarah Farid Kamil dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli, yang tercetus sejak tahun lalu nampaknya akan berakhir tidak lama lagi kerana hero filem Bencinta ini bersedia berbaik semula dengan ibu mertuanya itu.
Pengakuan itu dinyatakan sendiri oleh Farid ketika ditemui pada previu bersama media filem Bencinta bertempat di TGV, Sunway Pyramid, malam tadi.
Tambahnya lagi, dia akan menjemput ibu mertuanya hadir pada majlis Aqiqah anak sulungnya Mohammad Farid Kamil, yang akan diadakan tidak lama lagi.
Malah kata pelakon tinggi lampai ini, pada majlis itu nanti dia mahu mengambil peluang memulihkan semula hubungan antara ibu mertuanya dengan issterinya, Diana Danielle.
“Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula.
“Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami”, katanya yang bagaimanapun masih merahsiakan tarikh majlis istimewa itu daripada pihak media.
Dalam majlis yang sama, akan turut diadakan majlis khatam Quran untuk isterinya.
Sebelum ini laporan media ada menyebut mengenai desas desus hubungan Farid dan Norsiah sebenarnya sudah dingin sejak Farid berkahwin dengan Diana. Keadaan bertambah keruh apabila Farid sebelum ini juga pernah meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter mengenai krisis tersebut.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan majlis pernikahan mereka berlangsung di Hotel Flamingo, By The Lake Ampang. Selepas bernikah Diana yang ketika itu telah disahkan hamil, berangkat ke Australia bagi pelajarannya dalam jurusan produksi siaran langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA).
Pada 2 Julai lalu, Diana selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Sydney, Australia. - Malaysian Digest

Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

Desain toilet yang unik dari seluruh dunia





























































Toilet aneh1
Toilet aneh2
Toilet aneh3
Toilet aneh4
Toilet aneh5
Toilet aneh6
Toilet aneh7
Toilet aneh8
Toilet aneh9
Toilet aneh10
Toilet aneh11
Toilet aneh12
Toilet aneh13
Toilet aneh14
Toilet aneh15
Toilet aneh16
Toilet aneh17
Toilet aneh18
Read More..