Tampilkan postingan dengan label bahaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bahaya. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
Bahaya lelaki boroi
Salam semua,


CARA mudah untuk menyelesaikan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk ialah dengan mengambil pil biru Viagra. Namun, penggunaan ubat-ubatan hanyalah penyelesaian jangka pendek dan memerlukan pengawasan doktor.
Bagi mereka yang mengalami masalah mati pucuk, kini ada alternatif yang lebih murah dan tidak perlu menelan ubat. Penyelesaian itu ialah dengan menurunkan berat badan dan membuang lemak di bahagian perut. Untuk mendapatkannya, lakukan senaman secara teratur serta jalani gaya hidup sihat.Seperti yang diungkapkan dalam kajian terbaru yang dimuatkan dalam Journal of Sexual Medicine, usaha untuk menurunkan di antara lima hingga 10 peratus berat badan dalam tempoh dua bulan mampu meningkatkan fungsi ereksi dan mengembalikan keinginan seksual lelaki obes yang menghidap diabetes.
Kajian yang dilakukan di Australia itu memang berskala kecil kerana sekadar melibatkan 31 orang sukarelawan. Namun, kesimpulannya menjadi penting apatah lagi kajian sebelum ini menunjukkan obesiti dan mati pucuk saling berkait.
Berat badan berlebihan terutamanya pembentukan lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.
Meskipun tinjauan kajian tentang pelangsingan tubuh dan mati pucuk terus berkembang, fakta menunjukkan bahawa lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai diet yang sihat secara relatif memiliki aktiviti seks yang berkualiti.
Pakar-pakar perubatan juga berharap fakta bahawa dengan menurunkan berat badan dapat memperbaiki kehidupan seks akan membuka mata kaum Adam yang berperut buncit supaya lebih sedar tentang ancaman bahaya penyakit lain seperti jantung, diabetes dan strok.
"Anda bercakap tentang pencegahan yang diinginkan. Ketika saya menyentuh isu tentang memulihkan kesihatan zakar, perkara ini akan menarik perhatian mereka," kata Kevin Billups, profesor urologi dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat (AS).
Kardiovaskular
Billups menambah, ketika beliau melayan pesakit, perkara pertama yang beliau lakukan adalah meminta pesakit itu berdiri dan melihat keadaan perutnya."Jika anda tidak dapat melihat zakar anda, itu tandanya anda ada masalah," ujar Billups.
Perut buncit, kata Billups, memberi kesan buruk pada kehidupan seksual seseorang dengan mempengaruhi kesihatan pembuluh darah mereka.
Ereksi terjadi semasa saluran darah menuju zakar membesar dan menyebabkan organ itu terisi penuh dengan darah. Proses ini bermula ketika lapisan dalam saluran darah melepaskan nitrat oksida, iaitu sejenis molekul yang memberi signal pada otot-otot di sekitarnya supaya rileks. Viagra dan ubat-ubatan sejenis dengannya bekerja dengan meningkatkan jumlah nitrat oksida dalam endotelium.
Apabila endotelium tidak dapat berfungsi secara maksimum, zakar tidak mendapat limpahan darah yang mencukupi untuk mencetuskan atau mempertahankan ereksi.
"Ereksi pada dasarnya adalah satu fenomena kardiovaskular. Jika aliran darah tidak meningkat disebabkan saluran darah tidak membesar secara normal, akan ada penurunan dalam fungsi ereksi," kata Profesor Robert A. Kloner, pakar jantung dari Universiti Southern California, AS.
Jantung yang tidak sihat juga menyebabkan mati pucuk dengan cara yang lain. Tabiat gemar mengumpul lemak dan malas bersenam yang membuatkan tubuh semakin gemuk turut menyumbang pada penyempitan serta pengerasan arteri oleh kolesterol.
Aterosklerosis, yang dikenal pasti sebagai faktor pencetus serangan jantung, juga mudah terjadi pada saluran darah kecil yang mengarah ke zakar. Bahkan kata Kloner, aterosklerosis pada awalnya menyerang saluran-saluran kecil dan ini menjelaskan mengapa mati pucuk dapat dijadikan petanda awal penyakit jantung.
Masalah saluran darah bertanggungjawab pada sebahagian besar kes mati pucuk yang dialami lelaki obes berusia 40 tahun ke atas. Tetapi penyebab umum lain adalah rendahnya kadar testosteron, yang juga berkait dengan obesiti. Kadar hormon seks lelaki yang tinggi sangat penting untuk mempertahankan ghairah seks dan mengalami ereksi.
"Dan disebabkan lelaki semakin gemuk, fenomena mati pucuk kian meningkat," kata Ronald Tamler, pengarah program kesihatan lelaki di Pusat Perubatan Mount Sinai di New York.
Kepada mereka yang berperut buncit, Billups kerap mengingatkan agar mereka berwaspada dengan penurunan kadar testosteron. Lemak di perut nampaknya memiliki kesan lebih besar terhadap hormon berbanding lemak di bahagian lain tubuh. - Agensi
Jumat, 07 Februari 2014
Bahaya Kopi 3 Dalam 1

Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,รข€ katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-dalam-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang ditinjauankan daripada minyak kelapa sawit.
Katanya, krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.
Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang menyebabkan minuman 3-dalam-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.
Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempat kerja.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.
Info Kandungan minuman 3-dalam-1:
* Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
* Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
* Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan>
* Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
* Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
* Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
* Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
* Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.
Rujukkan: Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
http://www.informasikini.com
Langganan:
Postingan (Atom)