Tampilkan postingan dengan label rumah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rumah. Tampilkan semua postingan
Minggu, 09 Maret 2014
Budak Maut Rumah Dirempuh
TUMPAT : Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.
Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap.
Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut.
Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.
Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah. – Kosmo
Rabu, 01 Januari 2014
Anak Lelaki Tokoh Korporat Tanah Air Ditemui Mati Terbakar Di Rumah

ANAK lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail di sini awal hari ini.
Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.
Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap.
Mangsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.
Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan ‘see you in other side’ (jumpa anda di dunia lain).
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. – Bernama
Sabtu, 16 November 2013
Usaha rumahan untuk ibu rumah tangga
Usaha rumahan untuk ibu rumah tangga – Apakah usaha yang cocok untuk dijalankan para ibu rumah tangga sehingga dapat membantu dalam pemenuhan kebutuhan hidup atau banyak orang yang menyebutkan sebagai penghasilan tambahan. Sebenarnya masih banyak peluang usaha yang dapat dilakukan oleh ibu rumah tangga, seperti usaha makanan dan minuman.

Ibu rumah tangga sangat familiar sekali dalam urusan masak memasak, jadi menjalankan jenis usaha makanan dan minuman di rumah merupakan hal yang sangat tepat untuk dilakukan. Modal untuk menjalankan usaha ini pun cukup kecil antara 400 ribu rupiah hingga 800 ribu rupiah untuk pembelian perlengkapan dan bahan – bahan yang diperlukan.
Anda dapat menjual makanan seperti kue – kue tradisional, bolu, risol, gorengan dan makanan yang sejenis, untuk minuman-nya, anda dapat membuat teh manis, kopi dan sirup. Keuntungan yang bisa anda peroleh dari usaha makanan dan minuman ini yaitu sekitar 30 persen hingga 50 persen dari modal awal yang dikeluarkan.
Namun yang perlu anda ketahui bahwa Usaha rumahan untuk ibu rumah tangga pada sektor makanan dan minuman sangat berprospek besar jika anda berjualan di tempat tempat ramai, seperti pabrik, perusahaan, ataupun tempat – tempat pendidikan. Prospek kedepan usaha ini dinilai masih cukup besar, jadi anda jangan takut – takut untuk memulainnya.

Langganan:
Postingan (Atom)