Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Lahad Datu Umat Islam diseru adakan solat hajat !!!

 



KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah. Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut. “Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini. “Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat. “Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,” ujarnya. Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

Sumber: Otai Reformasi II
Read More..

Sabtu, 08 Maret 2014

DHPP Bukan Islam mula fahami hudud

sinarharian 1 November 2012
Hu Pang Chow
Hu Pang Chow
SHAH ALAM – Pendedahan kewujudan hukum hudud bukan lagi satu kejutan kepada masyarakat bukan Islam dan mereka sudah mula memperlihatkan penerimaan dan “sudah memahami”, kata Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
Sehubungan itu, Pengerusinya, Hu Pang Chow,mendakwa perkembangan ini telah menjadi kebimbangan buat MCA dan menyebabkan Presidenya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang hudud.

“Sebaliknya, tohmahan MCA semakin hari semakin melampau disebabkan tertekan kerana masyarakat bukan Islam sudah membuka mata dan sudah tidak jahil tentang hudud,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.
Awal minggu ini, Abdul Hadi turut berkata, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Ujar Pang Chow, DAP sewajarnya tidak diberi tekanan untuk memahami sepenuhnya mengenai agama Islam kerana ahli-ahli DAP majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam dan masih ‘baru’ bergabung dengan Pas.

“Kita tidak boleh menyamakan ahli-ahli DAP dan ahli-ahli Pas yang sudah mengetahui mengenai semua aspek mengenai Hudud.
“Sebenarnya, DAP lebih faham tentang Islam berbanding MCA kerana walaupun parti itu sudah lama bersamaUmno sejak lebihlima dekad, mereka tegar menghina agama Islam.
“DAP tidak pernah menghina agama lain, cuma dahulu, mereka tidak bersetuju dengan hudud sahaja. Sekarang itu bukan isu lagi,” jelasnya lagi.

Namun jelas beliau, melalui Perhubungan rapat antara kedua-dua parti ini dilihat mampu menghapuskan jurang ketidakfahaman DAP tentang agama Islam.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan bahawa Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika Pas terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Pang Chow mengakui memang ada berlaku tentangan kerana ia merupakan perkara baru buat masyarakat bukan Islam, tetapi senario sudah berubah.
“Isu itu sedah berlalu setahun lalu, dan orang bukan Islam sudah tidak takut kepada Hudud kerana sudah memahami mengenai hukum itu hingga menyebabkan MCA bimbang.
“Sebenarnya perjuang Pas sesuai untuk semua kaum dan perubahan ketara masyarakat bukan Islam dapat di berlaku di negeri Kelantan,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai siapa yang banyak memberikan penjelasan mengenai Hudud kepada ahli-ahli DHPP, Pang Chow berkata, pihak berterima kasih kerana semua pihak tidak kira peringkat jawatan dalam Pas sentiasa proaktif dalam memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahlinya, Pang Chow berkata, sokongan semakin meningkat dari masa ke semasa.

Katanya, jika di pantai barat Semenanjung Malaysia, sokongan bukan hanya tertakluk kepada orang Cina dan India sahaja, malahan turut mendapat sokongan dikalangan orang Asli dan orang Siam, manakala di Timur Malaysia, sokongan turut diperolehi daripada orang Iban, Bidayuh dan sebagainya.
Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada September tahun lalu.

Ia berkembang sehingga Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Pas dan DAP terus bertembung ekoran pendirian keras masing-masing berhubung isu pelaksanaan undang-undang hudud.

Berikutan pertembungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi kata dua keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.
Read More..