Tampilkan postingan dengan label 2. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 2. Tampilkan semua postingan
Minggu, 23 Februari 2014
Seorang Lelaki Bertemu Kembali dengan Keretanya Setelah 2 Tahun Lupa Dimana Dia Parking
17 Okt 2012

Oala Magz - Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parkir.
Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Desember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan tinjauan keesokan harinya, pemilik kenderaan tersebut buat laporan polis keretanya hilang di Munich.
Pihak berwajib menemukannya bulan lalu setelah polis lalu lintas melihat stiker inspeksi kereta itu sudah habis masa berlakunya. Sang polis menemukankereta itu 4 km dari titik dimana lelaki berumur 33 tahun pemilik kereta mengira memarkirkannya.
"Anehnya letaknya jauh sekali, meskipun sang pemilik yakin dimana dia meninggalkannya," ujar juru cakap polis Alexander Lorenz.
Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal seperti mesin bor dan obeng elektrik.
sumber

Oala Magz - Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parkir.
Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Desember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan tinjauan keesokan harinya, pemilik kenderaan tersebut buat laporan polis keretanya hilang di Munich.
Pihak berwajib menemukannya bulan lalu setelah polis lalu lintas melihat stiker inspeksi kereta itu sudah habis masa berlakunya. Sang polis menemukankereta itu 4 km dari titik dimana lelaki berumur 33 tahun pemilik kereta mengira memarkirkannya.
"Anehnya letaknya jauh sekali, meskipun sang pemilik yakin dimana dia meninggalkannya," ujar juru cakap polis Alexander Lorenz.
Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal seperti mesin bor dan obeng elektrik.
sumber
osseram
Kamis, 30 Januari 2014
57 CD cetak rompak filem KL Gangster 2 dirampas

Datuk Hasan Malek
KUALA LUMPUR - Tujuh kes cetak rompak sedang disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setakat ini berhubung filem KL Gangster 2 yang dimuat naik dan disebar melalui Internet.
"Jumlah rampasan cakera padat video (VCD) yang diperoleh adalah sebanyak 57 keping secara keseluruhan iaitu di Langkawi, Kapit, Putrajaya, Kulim dan Melaka," kata Menteri KPDNKK Datuk Hasan Malek.
Beliau menjelaskan demikian dalam sidang media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan Jamuan Makan Malam sempena sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini semalam.
Menurut Hasan, siasatan masih lagi berjalan dan dakwaan terhadap mereka yang terbabit boleh dikenakan dibawah Akta Hakcipta 1987 dan Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010.
Jika didapati bersalah, denda RM2,000 boleh dikenakan terhadap setiap keping VCD yang dicetak rompak atau maksimum RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedau-duanya sekali.
Orang ramai turut diminta supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak membeli tinjauan cetak rompak kerana ia bukan sahaja tidak berkualiti malah membawa kerugian kepada penggiat industri tanahair seni sama ada filem, drama mahupun muzik.
Turut hadir pada sidang media itu ialah penerbit filem tersebut Datuk Yusof Haslam.
Yusof yang nyata kecewa dengan perkara itu berharap kerajaan tidak akan berkompromi dengan penjenayah yang melakukan kesalahan terbabit kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.
Laporan polis terhadap insiden filem tersebut dimuat naik di laman Internet telah dibuat pengarah filem itu Shamsul Yusof pada 2 September lepas.
Dalam pada itu, majlis yang dihadiri warga kerja MyIPO itu turut menyaksikan 33 penerima menerima Anugerah Cemerlang 2012 dan 17 penerima Anugerah Perkhidmatan Lama iaitu berkhidmat lebih 25 tahun.
Selain itu dokumen Pelan Strategik ICT 2013-2017 oleh Perunding ICT, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zahari Othman turut diserahkan kepada Hasan bagi menggariskan hala tuju dan fokus ICT MyIPO bagi tempoh lima tahun akan datang. - Bernama
Senin, 23 Desember 2013
2 Ditahan Di Kedah Larikan Kereta Di P Pinang

ALOR SETAR – Polis Kedah menahan dua penjenayah yang mencuri sebuah kenderaan di Simpang Ampat, Pulau Pinang dan melarikannya ke sini pagi tadi.
Mereka yang berumur sekitar 20-an itu ditahan kira-kira 9.30 pagi berhampiran Lorong Market Buah, Pekan Cina.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata penjenayah ditahan semasa cuba meloloskan diri dengan kenderaan Toyota Hilux tersebut melalui lorong kecil setelah mengetahui kehadiran mereka dikesan pihak polis.
“Semasa cuba melarikan diri, suspek telah melanggar sebuah lori, sebuah kereta jenis Proton Wira, lapan buah motosikal dan peti elektrik milik TNB (Tenaga Nasional Berhad).
“Suspek akan diserahkan kepada polis Butterworth dan segala kertas kerja siasatan akan dibuat oleh pihak polis di sana berikutan kes awalnya dilaporkan di sana,” katanya kepada Bernama.
Adzaman berkata pemilik kereta itu membuat dua laporan polis, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar selepas kenderaannya dijumpai semula.
Pemilik kenderaan itu Muhamad Shahrudin Idris, 44, berkata beliau menyedari keretanya hilang selepas tersedar dari tidur dan mendapati pintu rumah sewanya di Pulau Pinang terbuka.
“Sekitar pukul 5.30 pagi, saya tersedar dan mendapati pintu rumah sudah terbuka dan kunci kereta saya hilang. Saya dan seorang rakan saya yang turut berada di rumah saya lalu membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawan.
“Kami kemudiannya mengejar kereta saya hingga ke Kuala Kedah menggunakan sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang dalam kereta saya,” katanya.
Shahrudin yang bekerja sebagai kontraktor berkata keretanya berharga kira-kira RM100,000.
Seorang saksi di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 53, berkata beliau baru membuka kedai kira-kira pukul 9 pagi dan mendengar bunyi dentuman kuat di luar kedainya.
“Saya jenguk keluar dan nampak sebuah kereta telah melanggar peti TNB. Saya juga lihat polis sedang kejar dua orang yang ada senjata.
“Seorang lari manakala seorang lagi berada dalam kereta,” katanya. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)