Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label akan. Tampilkan semua postingan
Jumat, 28 Februari 2014
Shabery Cheek Akan Jumpa PAC Jelas Isu Bayaran Artis K pop Esok

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi menteri yang pertama memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diadakan esok.
Ahmad Shabery berkata kehadiran beliau adalah bagi memberikan penjelasan mengenai isu bayaran untuk persembahan artis K.Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2012.
Beliau ketika itu ialah Menteri Belia dan Sukan.
“Saya sendiri telah menawarkan diri kepada PAC untuk hadir memberikan penjelasan.
“Saya telahpun bersedia untuk menjelaskan kepada mereka isu-isu yang dibangkitkan berkaitan isu K-POP dalam Laporan Ketua Audit Negara itu,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Bernama difahamkan Ahmad Shabery ialah menteri pertama yang menawarkan diri untuk memberikan penjelasan kepada PAC.
PAC yang bersidang esok akan memanggil Kementerian Belia dan Sukan bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Jawatankuasa itu akan mula bersidang pada 10.30 pagi.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012. – BERNAMA
Senin, 30 Desember 2013
Azalina akan cabar Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita
| Malaysiakini Jun 28 2013 |
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini.
Laporan The Star hari ini menyebut, Azalina telahpun membuat keputusan untuk bertanding menentang Shahrizat, yang berazam untuk mempertahankan jawatan tersebut.
Shahrizat, 50, berkata beliau berjaya anggota Wanita Umno tidak akan menyisihkannya kali ini.
Katanya, penyokongnya itu tetap berdiri di belakangnya ketika beliau terheret ke kancah kontroversi pada tahun lalu, ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan anggota keluarganya.
“Mereka adalah teman saya dan teman adalah ibarat bintang. Ketika langit kian gelap, sinaran mereka akan semakin cerah,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.
Azalina pula menawarkan diri untuk menjadi “ejen perubahan” dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu.
Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru.
Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen.

Langganan:
Postingan (Atom)