Tampilkan postingan dengan label ditemui. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditemui. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Anak Lelaki Tokoh Korporat Tanah Air Ditemui Mati Terbakar Di Rumah

ANAK lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail di sini awal hari ini.
Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.
Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap.
Mangsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.
Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan ‘see you in other side’ (jumpa anda di dunia lain).
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. – Bernama
Minggu, 29 Desember 2013
Telur Berbentuk Bulat Ditemui Di Britain
LONDON : Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan.
Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya – berbeza daripada telur biasa.
Warga Britain mengambil 11 bilion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu bilion. Tinggal di Enfield di utara London, Cassie berkata, dia membeli sedozen telur dari pasar raya berhampiran baru-baru ini.
“Saya mahu memecahkan telur itu untuk memasak telur dadar apabila menyedari bentuknya begitu aneh.
“Saya tak pernah melihat telur sebegini sebelum ini,” katanya. Bagi mendapatkan kepastian, dia membuat carian di Internet.
Setakat ini, katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall – James Church – menemui telur bulat seperti itu beberapa tahun lalu.
Setakat ini, katanya, hanya seorang tukang masak di Hotel Bristol di Cornwall – James Church – menemui telur bulat seperti itu beberapa tahun lalu.
Menyedari uniknya telur itu, Cassie memberi amaran kepada semua penghuni rumahnya supaya menjaga telur berkenaan. – TS
Sabtu, 28 Desember 2013
Binatang Aneh Ditemui Di Xinxiang China
Seekor haiwan seperti anjing namun mempunyai rupa yang sangat pelik dijumpai berkeliaran di bandar Xinxiang yang terletak di wilayah Henan, China.
Oleh kerana bandar tersebut terletak berdekatan dengan pusat penyelidikan saintifik dan juga sekolah perubatan, penduduk setempat percaya bahawa haiwan tersebut adalah hasil eksperimen genetik yang terlepas daripada makmal. Namun pihak berkuasa mendakwa anjing tersebut adalah daripada baka anjing peliharaan jenis Chinese crested dan anjing ini mempunyai nilai yang tinggi di pasaran.



Sumber
Langganan:
Postingan (Atom)