Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013
PAS Azizan dicalon lagi tanding di Kedah
|
Sekalipun Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berdepan dengan masalah kesihatan berterusan, PAS memutuskan tetap mencalonkan pesuruhjaya PAS negeri itu bertanding pada pilihan raya umum ke-13.
"Dalam senarai (nama Azizan) ada," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi mengesahkan kedudukan Azizan dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang menolak cadangan bahawa Azizan akan menjadi liabiliti kerana isu kesihatan.
"Masalah kesihatan, semua ada, saya pun ada," katanya.
Mengulas sama ada Azizan merupakan calon menteri besar daripada PAS, Abdul Hadi berkata perkara tersebut akan diumumkan pada hari penamaan calon.
Isu tahap kesihatan dan gaya kepimpinan Azizan - yang kadang-kadang menimbulkan pertikaian dengan rakan dalam Pakatan Rakyat - sering mencetuskan persoalan sama ada PAS membenarkan beliau memimpin PAS negeri itu.
Azizan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005 dan prosedur "angioplasty" bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat, pada 2011.
Sementara itu Bernama melaporkan, Abdul Hadi berkata PAS menganggap tentangan anggota-anggota PAS Kedah terhadap Azizan itu sebagai masalah kecil.
Anggap berita praya
Katanya masalah tersebut akan diselesaikan segera dan yakin rakyat Kedah akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan.
"Kita menganggap itu berita pilihan raya, biasalah...tapi kita akan selesaikan semua masalah dan yakin serta percaya rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Treler Negara Berkebajikan PAS di hadapan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya sama ada kepimpinan PAS akan mengikut jejak langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya, Abdul Hadi berkata tiada keperluan untuk PAS berbuat demikian.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai adanya masalah dalaman PAS Kedah.
"Saya tak terima apa-apa laporan pun setakat ini. Media saja yang lapor. Tiada sebarang isu ada bahagian PAS yang tak sokong Azizan terus pimpin Kedah.
"Setakat ini PAS juga amat berpuas hati dengan prestasi Azizan sebagai Menteri Besar," katanya.
Yang dilancarkan hari ini adalah sebuah treler 40 tan bernilai hampir RM300,000 dilengkapi kemudahan wifi, sistem audio, projektor dan pentas untuk aktiviti ceramah Pas dan rakan pakatan pembangkangnya, PKR dan DAP, di seluruh negara.

Senin, 23 Desember 2013
2 Ditahan Di Kedah Larikan Kereta Di P Pinang

ALOR SETAR – Polis Kedah menahan dua penjenayah yang mencuri sebuah kenderaan di Simpang Ampat, Pulau Pinang dan melarikannya ke sini pagi tadi.
Mereka yang berumur sekitar 20-an itu ditahan kira-kira 9.30 pagi berhampiran Lorong Market Buah, Pekan Cina.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata penjenayah ditahan semasa cuba meloloskan diri dengan kenderaan Toyota Hilux tersebut melalui lorong kecil setelah mengetahui kehadiran mereka dikesan pihak polis.
“Semasa cuba melarikan diri, suspek telah melanggar sebuah lori, sebuah kereta jenis Proton Wira, lapan buah motosikal dan peti elektrik milik TNB (Tenaga Nasional Berhad).
“Suspek akan diserahkan kepada polis Butterworth dan segala kertas kerja siasatan akan dibuat oleh pihak polis di sana berikutan kes awalnya dilaporkan di sana,” katanya kepada Bernama.
Adzaman berkata pemilik kereta itu membuat dua laporan polis, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar selepas kenderaannya dijumpai semula.
Pemilik kenderaan itu Muhamad Shahrudin Idris, 44, berkata beliau menyedari keretanya hilang selepas tersedar dari tidur dan mendapati pintu rumah sewanya di Pulau Pinang terbuka.
“Sekitar pukul 5.30 pagi, saya tersedar dan mendapati pintu rumah sudah terbuka dan kunci kereta saya hilang. Saya dan seorang rakan saya yang turut berada di rumah saya lalu membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawan.
“Kami kemudiannya mengejar kereta saya hingga ke Kuala Kedah menggunakan sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang dalam kereta saya,” katanya.
Shahrudin yang bekerja sebagai kontraktor berkata keretanya berharga kira-kira RM100,000.
Seorang saksi di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 53, berkata beliau baru membuka kedai kira-kira pukul 9 pagi dan mendengar bunyi dentuman kuat di luar kedainya.
“Saya jenguk keluar dan nampak sebuah kereta telah melanggar peti TNB. Saya juga lihat polis sedang kejar dua orang yang ada senjata.
“Seorang lari manakala seorang lagi berada dalam kereta,” katanya. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)